PHILLIPPE Coutinho memujuk Jurgen Klopp untuk menggantikannya ketika di hujung perlawanan Liverpool seri satu sama menentang Burnley kerana mengalami kekejangan dalam perlawanan pertamanya di Liga Perdana Inggeris musim ini. Pemain Brazil itu mempamerkan aksi cemerlang selama 77 minit sebelum meminta pengurusnya mengeluarkan dia dari padang. Klopp pada awalnya mahu Coutinho untuk kekal dan mahu menarik keluar Roberto Firmino dan James Milner untuk digantikan dengan Alex Oxlade-Chamberlain dan Dominic Solanke. Tapi selepas nama Milner dipanggil, bekas bintang England itu mengekalkan pemain tengah Liverpool tersebut kerana Coutinho mahu dikeluarkan. "Coutinho beraksi dengan baik. Dia perlukan rentak dan semakin bagus sewaktu perlawanan berlangsung," kata Klopp. - Daily Mail