suria

Spurs Kutip Mata Penuh

Tottenham melangkah ke hadapan menerusi Harry Kane dan Christian Eriksen. - Getty

TOTTENHAM Hotspur mengutip mata penuh pada pertemuan dengan West Ham aksi Liga Perdana Inggeris, Sabtu.

Spurs meraih kemenangan 3-2 sekaligus menyaksikan kemenangan berterusan sejak musim lalu ke atas West Ham walaupun gagal merangkul trofi kejuaraan.

Kekalahan tersebut pastinya membuatkan pengurus West Ham, Slaven Bilic tidak senang duduk apabila Hammers  hanya memperoleh satu kemenangan dalam lima perlawanan musim ini.

Dalam pada itu Bilic turut mengingatkan Andy Carroll kekal cergas dan tidak terlibat dalam kecederaan pada musim ini jika mahu kontraknya terus disambung.

West Ham telah berada di puncak sebelum pertukaran itu dibuat, namun semuanya tidak menjadi.

Dalam pada itu, Spurs meraih kemenangan selepada Serge Aurier minit menyumbat gol ketiga pada minit ke-64. Sebelum itu Harry Kane dan Eriksen mendahului jaringan (m-38 dan 60).

Manakala dua gol West Ham dijaring oleh Chicharito (65') dan Kouyate minit ke-87.

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Perdana Inggeris

Artikel Berikut

Artikel Lain