PENYERANG Chelsea, Alvaro Morata mendapat perhatian di Stamford Bridge selepas menunjukkan kemahirannya menimbang sesuatu yang bukan bola, lari dari kebiasaan. Pemain itu pada Sabtu lalu menjaringkan gol dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris, menyaksikan kemenangan 4-0 ke atas Stoke. Morata menunjukkan pencapaian yang cemerlang di England apabila menjaringkan enam gol dalam tujuh kemunculan pertamanya. Bukan setakat itu, pemain kelahiran Sepanyol itu turut menunjukkan kebolehan mengimbangi sekeping gula-gula getah di padang golf. ⛳️⚽️? A post shared by Álvaro Morata (@alvaromorata) on Sep 24, 2017 at 8:07am PDT Bintang berusia 24 tahun itu menunjukkan aksinya mengimbangkan gula-gula getah itu begitu kemas, sebelum 'dihantar' semula masuk ke dalam mulutnya. Video aksi Morata yang dibuat di sebuah padang golf pada tengah hari Ahad dimuat naik di instagram. Chelsea membeli penyerang itu dari Real Madrid pada musim panas dengan harga £70.6 juta (RM400.49 juta). - Mail Online