CARLO Ancelotti telah dipecat sebagai pengurus Bayern Munich selepas kelab itu tewas 3-0 kepada Paris Saint-Germain (PSG). Berikutan kekosongan itu, Daily Mirror melaporkan, Bayern mahukan seorang jurulatih yang mempunyai pengalaman dalam Bundesliga. Ancelotti menggantikan Pep Guardiola selepas bekas pengendali Barcelona itu memilih untuk melatih Manchester City. Sehubungan itu, Jurgen Klopp antara nama yang disebut paling layak untuk dilantik sebagai pengendali Bayern yang baru. Ini kerana, Klopp telah membuktikan kemampuannya di Borussia Dortmund dengan membentuk kelab itu menerusi pemain muda. Namun, nama Thomas Tuchel (gambar) yang juga jurulatih Dortmund ketika ini juga antara yang dikaitkan. Individu mana yang akan diberi tugas berat tersebut pasti menjadi perhatian dan Klopp tidak mustahil akan menerima tawaran berkenaan. Pelantikan Klopp lebih mudah berbanding Tuchel yang turut bersaing di Bundesliga ketika ini.