suria

Kematian Bapa, Knockaert Perlu Sesi Kaunseling

Tatu berwajah bapanya di dada kiri Knockaert.

ANTHONY Knockaert akhirnya membuka mulut dan bersetuju mengikuti sesi kaunseling.

Bintang muda Perancis yang beraksi bersama Brighton itu mengakui tidak dapat menerima hakikat bahawa bapanya, Patrick sudah meninggal dunia pada November lalu berikutan penyakit kanser.

Sejak itu, dia seperti kehilangan arah memandangkan pemain berusia 25 tahun ini begitu rapat dengan bapanya.

Knockaert memberitahu, hidupnya seperti tergantung dan tidak boleh menyesuaikan diri lagi.

Knockaert memegang bingkai gambar bapanya selepas menjaringkan gol musim lalu.

"Kadang kala saya ingin bercakap dengan seseorang untuk membantu diri ini. Ada satu masa saya menangis. Saya tidak segan memberitahu perkara itu kerana inilah kehidupan.

"Apabila anda ingin menangis, anda patut menangis dan cuba imbas kembali detik indah bersamanya. Ia akan membantu dan membuat hidup saya gembira seketika.

"Saya telah berbincang dengan kelab mengenai sesi kaunseling dan mereka akan membantu saya. Saya masih melalui saat sukar dan perlukan seseorang yang boleh menolong saya.

"Saya perlu kuat, perlu bercakap dengan seseorang apa yang bermain di hati ini. Saya tidak tahu ianya sangat sukar," ujarnya.

Dalam pada itu, Knockaert masih gagal menjaringkan sebarang gol bersama Brighton yang beraksi dalam Liga Perdana Inggeris musim ini.

Musim lalu ketika bersaing dalam Liga Kejuaraan Inggeris, Knockaert menjaringkan 15 gol.

ANTHONY Knockaert

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain