PAUL Pogba dimasukkan dalam senarai cedera 'jangka panjang' Manchester United, kata Jose Mourinho. Pengurusan kelab itu sambil menambah bahawa pemain tengah berkenaan mungkin tidak dapat bermain sehingga pertengahan November depan. Pada masa ini, Manchester United masih belum membuat keputusan untuk menghantar Pogba menjalani pembedahan selepas pemain berusia 24 tahun itu terlepas empat perlawanan terakhir. Bagaimanapun, Mourinho telah pun meletakkan pemain yang ditandatangi menerusi kontrak bernilai £89 juta (RM503 juta) bersama pemain-pemain lain yang turut mengalami kecederaan seperti Zlatan Ibrahimovic dan Marcos Rojo. "Dia cedera," kata Mourinho. "Dia tidak boleh bermain esok dan ia bukanlah kecederaan yang saya boleh harapkan sebagaimana (Antonio) Valencia or (Phil) Jones. "Saya berharap untuk melihat mereka dalam latihan. Kecederaan jangka panjang... saya tidak bercakap mengenai mereka - Ibra, Pogba, Rojo. Saya tidak fikir mengenai pemain-pemain," tambah Mourinho. - Mail Online