PENYERANG Chelsea, Alvaro Morata telah menarik diri dari skuad Sepanyol kerana mengalami ketegangan hamstring dan berkemungkinan tidak beraksi selama lapan minggu. Pemain berusia 24 tahun itu diganti pada separuh masa pertama menentang Manchester City (1-0) pada Sabtu berikutan masalah hamstring dan imbasan yang dibuat menunjukkan dia mengalami kecederaan hamstring tahap dua. Sepanyol mengesahkan kecederaan tersebut selepas pemain itu diimbas di hospital Madrid. Tempoh pemulihan kecederaan hamstring tahap dua mungkin mengambil masa antara empat hingga lapan minggu. Morata diharapkan dapat membawa Sepanyol ke perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Albania dan Israel, namun situasi tersebut menjadikan Celta Vigo, Iago Aspas sebagai penyerang tunggal dalam skuad. - Eurosport