PERSEKUTUAN Bola Sepak Itali (FIGC) memperkenalkan kit terbaharu menjelang Piala Dunia 2018. Penjaga gol veteran Azzurri, Gianluigi Buffon akan memakai buat kali pertama jersi tempat lawan berwarna biru menjelang perlawanan Kelayakan Piala Dunia bertemu Macedonia. Puma turut memperkenalkan lukisan Buffon di Torino. Pengeluar jenama sukan terkenal, Puma dan FIGC memperkenalkan kit terkini itu bersama lencana baharu. Buffon diberi penghargaan memakai jersi baharu berwarna biru buat kali pertama itu sempena 20 tahun beraksi untuk negara dan bakal merekodkan saingan Piala Dunia yang kelima buatnya.