BAYERN Munich sah melanmtik Jupp Heynckes sebagai pengurus sehingga penghujung musim ini. Menurut laporan BILD, Heynckes yang pernah membawa Bayern bergelar juara treble pada tahun 2013 bakal menggantikan posisi Carlo Ancelotti yang dipecat minggu lalu. Kelab juara Jerman itu tanpa sebarang kemenangan dalam tiga perlawanan terakhir semua kejohanan, jatuh di tangga kedua liga dengan perbezaan lima mata daripada pendahulu Borussia Dortmund. Ia merupakan kali kelima Heynckes berada di Bayern, dan pernah menguruskan secara tetap pada tahun 1987-1991 dan 2011-2013, manakala secara sementara pada tahun 2009. Sebelum ini, pembantu jurulatih Willy Sagnol mengambil alih tugas Ancelotti itu. "Saya mungkin tidak akan kembali menguruskan mana-mana kelab di dunia ini, tetapi Bayern Munich ada hubungan istimewa dengan saya," jelas Heynckes. Jelasnya, dia bersetuju dilantik sebagai pengurus adalah disebabkan persahabatan. Dia dijangka akan kembali bersama dengan bekas pembantu Peter Hermann dan Hermmann Gerland yang menjadi sebahagian daripada kejayaan treble kelab sebelum ini.