PERANCIS semakin hampir untuk mengesahkan kemaraan ke pentas final Piala Dunia 2018 meskipun menang tipis 1-0 ke atas Bulgaria di Sofia, awal pagi Ahad. Jaringan Blaise Matuidi sudah cukup buat Perancis yang kini menduduki tangga teratas Kumpulan A. Pasukan itu akan melayakkan diri jika menundukkan Belarus pada Selasa ini. Namun corak permainan Perancis masih belum cukup sempurna jika dibandingkan dengan Bulgaria. Bulgaria nyaris menyamakan kedudukan menerusi percubaan Georgi Kostadinov yang berjaya ditampan Hugo Lloris pada minit ke-37. Pada babak kedua, kedua-dua pasukan gagal memecah sebarang kebuntuan dengan Perancis kini terpaksa beraksi tanpa kelibat N'Golo Kante. Dalam satu lagi perlawanan berasingan, Belanda menundukkan Belarus 3-1 tetapi mereka perlu mengatasi Sweden dengan tujuh gol pada Selasa jika mahu meneruskan kemaraan ke Rusia. Belanda menduduki tangga ketiga manakala Sweden di tempat kedua Kumpulan A.