SEWAKTU Lewis Hamilton sedang meraikan kejuaraannya pada perlumbaan Grand Prix Jepun pada Ahad, pemenang tempat ketiga, Daniel Ricciardo telah menghiburkan peminat sukan Formula Satu (F1) itu dengan melakukan perbuatan diluar jangka. Ricciardo telah membuat prank mencuit hati terhadap pelumba Mercedes AMG Petronas itu. Pelumba Red Bull itu mengambil kesempatan di atas kelekaan Hamilton yang terlupa untuk mengunci telefon bimbitnya. Hamilton berswafoto dengan Ricciardo di atas podium. Dia memuat naik beberapa keping gambar wajah swafotonya dengan mimik muka melucukan di Instastory Hamilton. Prank tersebut berlaku sewaktu Hamilton sedang ditemuramah pihak media dan dia tidak menyedari Ricciardo berjaya mengambil telefonnya. Gambar mencuit hati itu bagaimanapun dikongsi melalui Instagram Hamilton yang mempunyai lima juta pengikut. Dalam perlumbaan itu, Hamilton menduduki tempat pertama diikuti Max Verstappen dan Ricciardo di tempat ketiga.