LIONEL Messi mengetuai skuad Argentina meraikan kejayaan mara ke saingan Piala Dunia 2018. Messi menjaringkan hatrik pada pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018 bertemu Ecuardo dengan kemenangan 3-1 di Estadio Olimpico Atahualpa. Argentina sebelum ini terdesak untuk menraih kemenangan untuk kekal di tempat ketiga bagi melayakkan diri ke pentas akhir Piala Dunia di Rusia tahun depan. Keputusan tersebut menyaksikan Argentina mengiringi dua lagi pasukan dalam kumpulannya yang telah layak iaitu Brazil dan Uruguay. Messi merai kejayaan ke Piala Dunia 2018 di bilik persalinan selepas menang ke atas Ecuador. Pengurus Jorge Sampaoli mengakui pasukannya 'berhutang' dengan Messi yang membawa mereka layak ke Piala Dunia. "Hari ini kita bertuah kerana pemain terbaik dunia adalah pemain Argentina. "Kami perlu pastikan tidak terlalu bergantung kepada Leo, tetapi hari ini dia telah menunjukkan kelebihannya. "Saya memberitahu sekumpulan orang bahawa Messi tidak berhutang dengan Argentina untuk ke Piala Dunia, tetapi bola sepak berhutang Piala Dunia untuk Messi. "Kita perlu membantunya di Piala Dunia nanti," jelas Sampaoli.