BARCELONA sedia menaikkan minatnya terhadap Philippe Coutinho dengan menambah nilai bidaan sehingga £120 juta terhadap Liverpool pada Januari nanti. Kelab gergasi La Liga itu pernah membuat bidaan bernilai £112 juta sebelum ini untuk mendapatkan pemain Brazil berkenaan, namun ditolak. Bagaimanapun, Ketua Eksekutif Barcelona, Oscar Grau pada Selasa mendedahkan pihaknya kini sedia mendapatkan pemain berkenaan. "Kami sedia untuk membeli Coutinho dan pemian lain yang diminta pada jendela pemindahan akan datang. "Penting bagi kami untuk membuat perubahan," katanya. Liverpool sebelum ini menolak bidaan Barcelona kerana tidak mempunyai cukup masa bagi mencari pengganti Coutinho. Namun, The Kop mungkin akan melepaskan Coutinho jika mendapat bayaran berbaloi untuk bintang mereka.