suria

Klopp Tolak Tawaran United

JURGEN Klopp nyaris menyertai Manchester United sebelum menolak tawaran untuk menjadi pengurus pasukan itu pada 2013.

Pengurus Liverpool itu dilaporkan sebagai calon pilihan untuk menggantikan Sir Alex Ferguson tetapi memberitahu United supaya mencari calon alternatif.

The Telegraph mendakwa sumber pengurusan kanan United mengesahkan beberapa calon dipertimbangkan untuk mengambil alih tanggungjawab Ferguson sebelum David Moyes dilantik mengemudi Red Devils.

Sejauh mana perbincangan itu diadakan tidak begitu jelas tetapi Klopp memberitahu United bahawa dia mahu kekal bersama Borussia Dortmund.

Keputusan itu dibuat berdasarkan keinginannya untuk mencabar Bayern Munich selepas mengembalikan takhta Bundesliga kepada pasukan tersebut.

Menurut Eckhard Krautzun yang menguruskan Klopp di Mainz sebelum dia berhijrah ke Liverpool, pengendali berusia 50 tahun itu pernah memasang impian untuk mengemudi United.

"Ia merupakan impiannya untuk ke England satu hari nanti dan kelab pilihannya adalah Manchester United. Itu apa yang dikatakannya," kata Krautzun.

Klopp akhirnya tiba di England dua tahun kemudian tetapi memutuskan untuk mengemudi seteru United, Liverpool.

Jurgen Klopp

Artikel Sebelum

Lemar, Fabinho Dapat Lampu Hijau

Artikel Berikut

Zairil Tetap Mahu Lepas Jawatan

Artikel Lain