suria

Hanya 30 Minit Untuk Pecat Pengurus Scotland

PENGURUS Scotland dipecat selepas 30 minit Persatuan Bolasepak Scotland (SFA) bermesyuarat.

Gordon Strachan yang membimbing Scotland selama lima tahun akhirnya tamat selepas gagal dalam saingan Kelayakan Piala Dunia.

Kontrak sebenar Strachan bakal berakhir pada hujung November bulan depan.

Ketua Eksekutif SFA, Stewart Regan bakal membuat kenyataan mengenai keputusan ini dan badan induk bola sepak Scotland itu.

Pengarah Teknikal Malky Mackay dijangka akan mengambil alih pengurusan pasukan sementara menjelang perlawanan persahabatan di Pittodrie pada 9 November ini.

Dalam kenyataan SFA, Strachan berkata: "Hari pertama sebagai pengurus Scotland merupakan saat yang membanggakan dalam karier saya dan ingin kembali memberi senyuman kepada pemain national.

"Saya berkongsi kekecewaan apabila tersingkir dalam aksi 'play-off' walaupun sudah bekerja keras untuk berada di landasan yang betul.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua staf dan Scottish FA dalam memberi sokongan dan membantu saya menjadi jurulatih kebangsaan. Ia satu penghormatan."

Selain Mackay, bekas pengurus Manchester United David Moyed berada dalam senarai calon untuk memikul tugas jurulatih Scotland.

SFA, Gordon Strachan

Artikel Sebelum

Luis Dedah Costa Lebih Hebat

Artikel Berikut

SWF2017 Kumpul 1,469 Peserta

Artikel Lain