LEGENDA Manchester United, Paul Scholes bakal kembali ke arena bola sepak selepas dilamar sebuah pasukan. Pemain berusia 42 tahun yang bersara dari United pada 2013 itu kini sedang dalam perbincangan dengan Oldham ATletic. Kelab yang pernah menjadi tempat mendapat didikan awal dalam bola sepak itu dilapor mahu menjadikannya sebagai pengurus baharu. Kelab yang beraksi untuk Liga 1 itu tidak mempunyai pengurus sejak 25 September lalu apabila John Sheridan meletak jawatan. Daily Mail mendakwa, perbincangan mengenai jawatan baharu antara pihak kelab dengan Scholes yang berlangsung pada Jumaat. Jika Scholes menolak tawaran berkenaan, Oldham dijangka menyerahkan tawaran berkenaan kepada Clarance Seedorf.