suria

Van Gaal Masih Belum Puas Hati Dipecat

BEKAS pengendali Manchester United, Louis van Gaal mengkritik cara penggantinya mengambil tugas di Old Trafford.

Pengurus kelahiran Belanda itu dipecat selepas dua musim sukar di United dan diganti dengan Mourinho.

Van Gaal percaya situasi boleh diuruskan secara berbeza dan penggantinya itu berasa bersalah kerana membiarkan dirinya selalu berada di luar kawalan.

Bekas pengurus itu turut berada di Anfield menyaksikan bekas kelabnya bertemu Liverpool mewakili TV Belanda.

Dia turut bertemu Mourinho dan terowong laluan pemain sebelum perlawanan bermula.

Pun begitu, Van Gaal tidak akan melupakan bagaimana dia dipecat United dan menggantikan bekas pembantu Barcelona itu.

"Saya mengesyaki perpindahannya ke Manchester United  tidak kelihatan bijak dan keputusan itu menyebabkan saya dipecat.

"Dalam prinsip, dia (Mourinho) bukanlah lelaki yang teruk. Dia ada simpati dan itulah yang ada padanya ketika menjadi pembantu saya dahulu.

"Tetapi dia membiarkan dirinya di luar kawalan terlalu cepat," jelas Van Gaal.

Van Gaal menjulang Piala FA Inggeris 2016 ketika menguruskan United.

Van Gaal dipecat selepas United menjulang Piala FA dan biarpun dikritik, tempoh menjadi pengurus di United tetap menjadi memori indah.

"Saya mempunyai kenangan yang baik dan hubungan dengan semua staf dan penyokong sangat memuaskan ketika berada di United.

"CEO, Ed Woodward sentiasa menjanjikan enam botol Ribeiro setiap kali menewaskan Liverpool.

"Saya menang empat kali, jadi saya memiliki banyak botol," ujarnya sinis.

Pada perlawanan itu, skuad Mourinho hanya mengikat seri tanpa jaringan ke atas anak buah Jurgen Klopp.

Louis Van Gaal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain