ALVARO Morata kembali menyertai sesi latihan bersama rakan pasukannya menjelang pertemuan Chelsea menentang Roma pada Liga Juara-Juara, Rabu ini. Pemain berusia 24 tahun itu terpaksa direhatkan selepas bergelut dengan kecederaan hamstring ketika membantu Chelsea menundukkan Manchester City pada 30 September lalu. Malah, Antonio Conte berharap pemain kebangsaan Sepanyol itu akan kembali cergas untuk pertembungan penting Rabu ini. Lebih menggembirakan apabila Chelsea memuatnaik gambar Morata sedang berlatih di Cobham menerusi Twitter rasmi pasukan itu, petang Ahad. "Seperti anda ketahui ada tiga pemain kami yang cedera. Morata, saya harap dia akan kembali cergas dengan segera untuk aksi menentang Roma. "Drinkwater sudah menunjukkan peningkatan tetapi masih belum pulih sepenuhnya. Kami perlu bersabar kerana dia masih cedera di bahagian betis," kata Conte.