PENYERANG Paris Saint-Germain (PSG) Kylian Mbappe memenangi Anugerah 'Golden Boy' untuk pemain muda terbaik di Eropah. Mbappe, 18, menewaskan penyerang Manchester City Gabriel Jesus, 20, dan bintang Barcelona Ousmane Dembele, 20, untuk merangkul anugerah berprestij itu. Pemain kebangsaan Perancis itu mempamerkan prestasi cemerlang bersama Monaco musim lalu apabila meledak 26 gol dalam 44 penampilannya sebelum berhijrah secara pinjaman ke Parc des Princes bagi musim 2017/2018. Mbappe turut cemerlang bersama PSG apabila menjaringkan empat gol dalam 11 penampilan untuk kelab gergasi Perancis itu. Portal Tuttosport mengumumkan Mbappe selaku pemenang anugerah tersebut apabila meraih 291 undi. Dembele pula di tempat kedua dengan 149 undi. Pemain Swansea City, Renato Sanches dinobatkan sebagai pemenang anugerah tersebut pada musim lalu.