suria

Chong Wei Kecundang Lagi

PETALING JAYA: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei terus dihantui badi kekecewaan apabila tewas pada pusingan pertama Terbuka Perancis di Stade Pierre de Coubertin, Paris malam Rabu.

Pemain berusia 35 tahun itu tewas 14-21, 15-21 kepada pemain Jepun, Kenta Nishimoto yang menduduki ranking ke-40 dunia.

Ini adalah kali keempat tahun ini Chong Wei tumpas di pusingan awal.

Chong Wei pernah kecundang di tangan HS Prannoy dari India di pusingan kedua Terbuka Indonesia dan Denmark, serta dimalukan Brice Leverdez pada pusingan pertama Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland.

Nishimoto akan bertemu B.Sai Praneeth dari India di pusingan kedua.

Sementara itu, nasib berbeza buat beregu lelaki negara, Goh V Shem-Teo Ee Yi yang tidak berdepan masalah membenam cabaran wakil Hong Kong, Or Chin Chung-Tang Chun Man walaupun ini penampilan sulung mereka sejak membentuk gandingan bersama sebulan lalu.

V Shem-Ee Yi mencatat kemenangan straight set 21-10, 21-15 dan bakal berdepan pilihan kelima dari China, Liu Cheng-Zhang Nan pada pusingan kedua.

Turut mara ialah gandingan beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing yang mengalahkan pasangan Thailand, Nipitphon Phuangphuapet-Jongkolphan Kithitharakul 22-20, 21-13 dan mereka akan berdepan pemain tuan rumah, Ronan Labar-Audrey Fontaine pada pusingan kedua.

Lee Chong Wei, Terbuka Perancis

Artikel Sebelum

Keputusan Piala Liga

Artikel Berikut

Artikel Lain