suria

Terbuka Perancis: Kian Meng-Pei Jing Mara Ke Pusingan Kedua

Tan Kian Meng-Lai Pei Jing.

KUALA LUMPUR: Pasangan beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing memulakan kempen Kejohanan Badminton Terbuka Perancis dengan langkah kanan selepas menewaskan pencabar mereka  dari Thailand pada pusingan pertama, awal pagi Rabu.

Kian Meng-Pei Jing memerlukan 41 minit untuk menewaskan Nipitphon Phuang phuapet-Jongkolphan Kititharakul 22-20, 21-13 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Pierre de Coubertin, Paris.

Beregu campuran nombor satu negara itu, yang turun selaku beregu pilihan kelapan, akan bertemu wakil tuan rumah, Ronan Labar-Audrey Fontaine pada pusingan kedua.

Namun nasib tidak menyebelahi buat satu lagi beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie  apabila tewas 16-21, 14-21 kepada pilihan ketujuh dari Korea Selatan, Seo Seung Jae-Kim Ha-na.

Dalam pada itu, jaguh perseorangan negara,  Datuk Lee Chong Wei akan memulakan  perlawanannya menentang Kenta Nishimoto dari Jepun pada perlawanan pusingan pertama, Rabu.

Turut beraksi dalam pusingan pertama ialah beregu lelaki negara Goh V Shem-Teo Ee Yi dan Tan Wee Kiong-Ong Yew Sin, Soniia Cheah (perseorangan wanita); Vivian Hoo-Woon Khe Wei dan Soong Fie Cho-Tee Jing Yi (beregu wanita). - BERNAMA

Terbuka Perancis

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain