suria

Spekulasi Casillas Ke Anfield 'Kerja Gila'

PELUANG Liverpool untuk mendapatkan khidmat Iker Casillas disifatkan sebagai 'kerja gila' oleh ejen bekas penjaga gol Real Madrid itu.

The Reds dan Newcastle antara dua pasukan yang didakwa berminat untuk memburu Casillas walaupun dia sudah berusia 36 tahun.

Carlo Cutropia menegaskan khabar angin itu tidak benar dan kliennya tidak akan berhijrah ke England.

"Daripada banyak kerja gila yang saya lihat, ini paling tidak masuk akal. Tiada kebenaran mengenai spekulasi itu," kata Cutropia.

Jelasnya, Casillas tetap tenang dan gembira berada di Porto.

"Saya percaya Casillas dan pengurus bercakap setiap hari tetapi tiada isu antara kedua-dua mereka.

"Anda perlu beri masa tetapi segalanya tenang. Saya membaca banyak spekulasi di media, segalanya tidak benar dan saya amat terkejut," katanya.

Casillas digugurkan ketua jurulatih Sergio Conceicao kerana prestasi hambar ketika sesi latihan.

"Dia berlatih tidak mengikut tahap yang saya mahukan. Pemain perlu tahu peraturan saya, bagaimana kerja saya dan saya mahukan komitmen 100% pemain ketika sesi latihan,' kata Conceicao.

Iker Casillas, Liverpool

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Wenger 'Sinis' Nasihat Sanchez

Artikel Lain