SANTI Cazorla mendedahkan dia hampir kehilangan kakinya. Pemain tengah Arsenal itu menjalani lapan pembedahan di belakang buku lalinya yang tercedera sebelum ini. Namun kecederaan itu menyebabkan kakinya mengalami jangkitan berbahaya sehinggan menyebabkan gangren. Pemain tengah Sepanyol itu tidak beraksi sejak Oktober tahun lalu dan telah menghadapi pelbagai pembedahan bagi memulihkan kakinya. "Masalah timbul apabila kecederaan tidak pulih dan luka terbuka dijangkiti kuman," jelasnya kepada akhbar Sepanyol, Marca. Menurut doktor yang merawat, Cazorla,32, bertuah kerana berpeluang kembali berjalan dengan anaknya dan boleh meneruskan karier bola sepak pada Januari depan. Cazorla menyertai The Gunners pada tahun 2012 dari Malaga dan merekodkan 129 penampilan dalam Liga Perdana dengan membantu merangkul dua trofi Piala FA.