PAUL POGBA mendedahkan perkhabaran baik buat penyokong Manchester United apabila kembali menjalani latihan menjelang perlawanan menentang Chelsea pada awal pagi Isnin ini. Pemain Peracis itu diketepikan United selepas mengalami kecederaan hamstring pada pertengahan September. Bagaimanapun The Sun melaporkan, Pogba kini berada dalam keadaan lebih baik apabila menjalani latihan untuk pemilihan skuad ke Stamford Bridge. Bagaimanapun, Jose Mourinho dijangka tidak akan mengambil risiko kecederaan lebih teruk dengan menurunkan Pogba minggu ini. Berikutan itu, pemain berkenaan dijangka akan disenaraikan bersama skuad United tetapi akan berada di bangku simpanan sahaja. Ketika sidang media pra perlawanan, Mourinho enggan mengesahkan Pogba akan kembali pada perlawanan berkenaan. "Saya perlu tunggu sedikit masa lagi, Kita masih ada masa dan saya tidak mahu terlalu optimis. Tetapi saya juga tidak mahu menipu," jelasnya.