suria

West Ham Kecundang Di Laman Sendiri

Aksi Mohamed Salah (kanan) semasa menjaringkan gol pembukaan buat Liverpool ketika menentang West Ham di Stadium London di London, awal pagi Ahad. Foto Reuters

NASIB West Ham nampaknya tidak begitu baik di laman sendiri pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium London di London, awal pagi Ahad.

Dengan kehadiran hampir 60,000 hadirin kedua-dua pasukan, West Ham ditewaskan Liverpool dengan 4-1.

Gol pembukaan diledakkan oleh pemain Liverpool, Mohamed Salah pada minit ke-22.

Hanya berbeza dua minit, Liverpool sekali lagi menjaringkan gol menerusi aksi Joel Matip.

Liverpool semakin agresit dengan gol ketiga oleh Alex Oxlade-Chamberlain pada minit ke-56.

Salah yang juga merupakan pemain skuad kebangsaan Mesir menambah mata sekali lagi pada minit-75.

Dalam 17 perlawanan kelab itu, Salah telah menjaringkan 12 gol.

Walaupun tewas, tetapi West Ham tetap berusaha keras dengan gol tunggal pada minit ke-55 oleh Lanzini.

Liverpool kini pada tangga keenam pada kedudukan Liga Perdana Inggeris dengan 19 mata, manakala West Ham jauh di tangga ke-17 menerusi sembilan mata. 

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Bundesliga Jerman

Artikel Lain