suria

Lukaku 'Dibuli' Dua Pemain Chelsea

-fotoAP

PENYERANG Manchester United Romelu Lukaku didakwa telah 'dibuli' oleh Andreas Christensen dan Cesar Azpilicueta ketika pasukannya kalah 1-0 kepada Chelsea.

Chris Sutton berkata pemain antarabangsa Belgium itu tidak dapat memberi impak yang besar dalam perlawanan awal pagi Isnin, dengan Azpilicueta membuat kejutan apabila tampil lebih mendominasi.

Dengan David Luiz tidak disenaraikan dalam skuad, Antonio Conte mengerahkan Christensen bersama Azpilicueta dan Gary Cahill di barisan pertahanan untuk persembahan yang meyakinkan.

Setelah dikekalkan selama 90 minit, Lukaku gagal menjaringkan gol untuk United dalam tujuh pertandingan.

"Dengan ketinggian 6 kaki 3 inci, Romelu Lukaku adalah salah seorang pemain yang paling mempunyai kelebihan fizikal dalam Liga Perdana," kata bekas pemain Chelsea dan Aston Villa itu kepada Daily Mail.

"Namun dia dibuli oleh Andreas Christensen yang hanya bermain kali keempat dalam liga bersama Chelsea dan Cesar Azpilicueta yang hampir setengah kaki lebih rendah," katanya yang juga bekas pengurus Lincoln City.

Artikel Sebelum

Conte Tidak Tahu Masa Depan Luiz

Artikel Berikut

Morata Buat Mourinho Kecewa

Artikel Lain