WEST Ham memecat jurulatihnya, Slaven Bilić, manakala David Moyes dijangka untuk menggantikannya di Stadium London sehingga akhir musim ini. The Hammers tewas 4-1 menentang Liverpool pada Sabtu sewaktu kedua-dua pasukan itu menamatkan zon relegasi. "Pengerusi dan ahli majlis West Ham United ingin mengucapkan terima kasih kepada Slaven dan pasukannya untuk perkhidmatan sepanjang dua tahun setengah ini. "Tetapi kami mempercayai satu perubahan adalah diperlukan bagi memberikan peluang kepada kelab untuk maju ke depan dan selari dengan cita-cita," menurut kenyataan yang dikeluarkan melalui laman web rasmi kelab tersebut. The Chairmen and board of West Ham United would like to place on record their thanks and gratitude to Slaven Bilic and his team.https://t.co/rg0Jvoh9Tf — West Ham United (@WestHamUtd) November 6, 2017 Moyes pula tidak menguruskan mana-mana pasukan sejak meninggalkan Sunderland pada akhir musim lalu, namun menunjukkan minat untuk mengisi kekosongan itu. Menurut Sky Sports, bekas pengurus Everton dan Manchester United itu akan dilantik untuk mengisi kontrak selama enam bulan pada Selasa sehingga akhir musim ini. - Eurosport