suria

Saya Gembira!

PHILIPPE Coutinho menegaskan dia gembira di Liverpool meskipun dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona.

Pemain Brazil itu mengemukakan permohonan untuk berhijrah ke kelab lain pada musim panas lalu bagi menyertai Barca.

Namun beberapa tawaran lumayan daripada Barca telah ditolak Liverpool.

Kelab gergasi Sepanyol itu dilaporkan bersedia untuk mengemukakan bidaan semula bernilai 120 juta pound sterling terhadap Coutinho pada Januari ini.

Ketika ditanya perasaannya di Anfield selepas dinafikan peluang untuk menyertai Barca, Coutinho berkata:"Saya bermain dengan salah sebuah kelab terbesar di dunia.

"Saya sentiasa gembira. Buat masa ini saya gembira dengan kehidupan saya," katanya.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Barcelona Oscar Grau berkata mereka bersedia untuk membeli Coutinho sebaik sahaja jendela perpindahan pemain dibuka semula Januari ini.

"Namun apa yang paling penting adalah menyesuaikan diri, jadi jika ada pemain baharu perlu juga ada pemain yang keluar.

"Kita perlu lupakan bidaan yang diterima terhadap Neymar Ogos lalu. Selepas cukai, kita menerima pendapatan kira-kira 188 juta euro," katanya.

Penyokong Liverpool pula berharap kelab tersebut dapat menyekat tawaran Barca tetapi Luis Suarez yakin Coutinho mahu menyertai kelab gergasi Sepanyol itu.

Phillipe Coutinho

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain