PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp dimasukkan ke hospital selepas dia berasa kurang sihat pada Rabu. Pengurus yang berasal dari Jerman itu yang terpaksa meninggalkan sesi latihan sudah diperiksa oleh doktor dan dijangka akan pulang ke rumah pada sebelah petang. Pasukan Liverpool pula kembali ke Melwood sesudah tugasan berlatih di luar negara pada tengah hari Rabu. "Buat masa ini tiada perancangan buat Jurgen untuk ditahan di hospital, di luar waktu temu janjinya. "Mungkin dia memerlukan pemeriksaan lanjutan beberapa hari lagi. "Kami menggesa Jurgen diberikan ruang privasi ketika dia, keluarganya dan pesakit lain berada di hospital," menurut kenyataan rasmi daripada Liverpool. Skuad itu menjadi tuan rumah kepada Southampton dalam Liga Perdana pada Ahad. - Eurosport