KEKASIH Cristiano Ronaldo, Georgina Rodriquez mengakui keluarga mereka kini sudah lengkap dan lebih bahagia selepas kelahiran Alana Martina pada Ahad. Georgina yang memakai gaun sutera berwarna putih berkongsi gambar sedang memangku anak perempuannya di atas sofa yang dikelilingi jambangan bunga yang dihantar ke hospital dengan pengikutnya di laman Instagram. Gambar tersebut ditulis dengan kapsyen: "Alana Martina dilahirkan pada 12-11-17." "Menjadi seorang ibu dan menjaga anak-anak dirumah setiap masa memberi saya pengalaman nikmat kebahagiaan. Dan kini kehadiran Alana Martina membahagiakan dan melengkapkan kehidupan kami," katanya. Pada Ahad, Ronaldo mengesahkan kelahiran anak keempatnya di Hospital Quiron Universal menerusi laman Instagram. "Alana Martina baru sahaja lahir. Geo dan Alana masing-masing sihat. Kami semua amat gembira," katanya.