JURGEN Klopp menghantar mesej ringkas kepada Mohamed Salah selepas pemain berusia 25 tahun itu memecah rekod pada musim pertama kariernya di Anfield. "Teruskan Mo!," demikan kata Klopp kepada Salah. Pemain Mesir itu menjaringkan 14 gol dalam 18 perlawanan sejak berhijrah dari Roma pada Ogos lalu. Malah Salah menjaringkan dua gol ketika Liverpool menang 3-0 ke atas Southampton pada aksi Liga Perdana Inggeris, malam Sabtu. Dengan sembilan gol daripada 12 penampilan EPL pertamanya menjadikan Salah pemain paling produktif bersama Liverpool sekali gus mengatasi rekod Robbie Fowler. "14 gol dalam 18 perlawanan untuk Mo? Teruskan! "Penyudah kemas daripada Mo menjadikan perlawanan ini sedikit berbeza. Gol kedua, menakjubkan," kata Klopp. Dengan kemenangan itu, Liverpool menduduki tangga kelima, ketinggalan 12 mata dibelakang pendahulu Manchester City.