BINTANG tenis Bulgaria menjulang trofi kejuaraan Jelajah Akhir ATP. Grigor Dimitrov,26, menyingkirkan David Goffin dengan penuh dramatik sebelum mencatat keputusan 7-5 4-6 6-3. "Ia sangat menakjubkan. Satu pengharagaan berada di sini sepanjang minggu dan pastinya ia merupakan saat yang terbaik," ujarnya. Dimitrov (kiri) dan Goffin. Kejayaan tersebut sememang di luar jangkaan peminat tenis dunia apabila pada awalnya sasaran utama untuk menang penutup kejohanan tahun ini di antara Roger Federer dan Rafael Nadal. Selain itu Goffin menjadi penyebab kedua-kedua pemain tersebut tersingkir dan merakam rekod baharu apabila dia berjaya menyingkirkan Federer dan Nadal dalam satu kejohanan sebelum mara ke pentas akhir bertemu Dimitrov.