suria

Pesanan Zainal Buat Pemain Yang Berhijrah

Foto: Facebook FA Penang

PETALING JAYA: Ketua jurulatih Pulau Pinang berharap beberapa pemain yang meninggalkan skuad itu perlu terus mempamerkan prestasi terbaik

"Ia satu kejayaan individu  kerana dapat menarik minat pasukan lain.

"Saya harap mereka akan terus mengekalkan prestasi terbaik demi bola sepak  negara.

"Berpindah pasukan adalah hak pemain untuk beraksi dengan pasukan lain. Cuma pasukan sahajalah yang kehilangan tonggak utama.

"Ketiadaan mereka juga akan memberi peluang kepada pemain lain untuk diserapkan ke dalam skuad," ujarnya kepada mStar Online, Isnin.

Dua pemainnya sah berpindah adalah pemain Bawah 22 Tahun kebangsaan, Mohamed Syamer Kutty Abba dan Muhammad Jafri Muhammad Firdaus Chew 

Pemain tengah skuad Harimau Kumbang itu bertukar angin baharu musim depan bersama kelab JDT manakala Jafri menyarung jersi PKNS FC.

Foto kredit: Johor Southern Tigers.

Manakala beberapa pemain lain masih belum mengesahkan pasukan baharu mereka.

Dalam pada itu, Zainal enggan mengulas statusnya di Pulau Pinang.

"Setakat ini masih di sini dan jika ada sebarang maklumat saya akan maklumkan," jelasnya ringkas.

Zainal mengambil alih skuad ini pada 24 Mac lalu menggantikan Ashley Westwood.

Pun begitu, Pulau Pinang gagal mempertahankan kedudukan mereka dalam saingan Liga Super selepas tersingkir ke Liga Perdana 2018.

Zainal Abidin Hassan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

70 Juta Pound Sterling Demi De Gea

Artikel Lain