WINGER Yannick Bolasie kembali beraksi apabila dilihat berlatih bersama skuad pertama Everton pada Rabu selepas pulih daripada kecederaan lutut hampir setahun yang lalu. Bolasie yang menyertai Everton dari Crystal Palace tahun lalu tidak dapat bermain sejak kecederaan yang dialaminya semasa perlawanan menentang Manchester United dengan terikat seri 1-1 pada Disember tahun lepas. Jurulatih sementara, David Unsworth berkata, pemain berumur 20 tahun itu bakal kembali menyertai pasukan pada Tahun Baharu. Everton kini pada kedudukan ke-16 Liga Perdana Inggeris dengan 12 mata. Ia mencatatkan tiga kemenangan, tiga seri dan enam kekalahan. Kelab tersebut bakal berdepan dengan Southampton pada Ahad. - Reuters