ANTONIO Rudiger menjadi tumpuan sebaik sahaja menjaringkan gol tunggal kemenangan Chelsea ke atas Swansea pada Khamis.
Namun saat indahnya itu bertukar menjadi ngeri apabila kakinya mengalami kecederaan gaga-gara but sebelah kiri terkoyak.
Rudiger berkongsi gambar butnya itu di laman Instagram dengan kapsyen 'Nike, what is this?'.
Walaupun kakinya berdarah, ia tidak menghalang Rudiger untuk bermain 90 minit dalam skuad Antonio Conte itu yang sekaligus membantu The Blues mengutip mata untuk berada di kedudukan keempat liga.
Biarpun kemenangan tipis yang dicatat di laman sendiri, Conte tetap berpuas hati menundukkan pemain pelawat yang dianggap 'degil' itu.