suria

Marion Caunter Dilantik Penaung MGF

PETALING JAYA: Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) pada Selasa mengumumkan pelantikan ikon fesyen, Marion Caunter yang juga isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Syarikat Naza, S.M. Nasarudin S.M. Nasimuddin sebagai penaungnya.

Caunter memegang jawatan tersebut tepat pada masanya seiring dengan rancangan MGF untuk mengembangkan aktiviti dan programnya di bawah kepimpinan Datuk Jaya Al Bakri.

Malah Caunter dianggap calon sesuai untuk menggalas tanggungjawab tersebut memandangkan sukan gimnastik majoritinya terdiri daripada kanak-kanak dan golongan remaja.

Presiden MGF, Jaya turut meluahkan rasa bangga kerana Caunter bersetuju untuk menerajui persatuan tersebut.

"Kami amat berbesar hati dan bertuah untuk bekerjasama dengan beliau dalam meneruskan perjuangan kami bagi mengangkat martabat sukan gimnastik ke tahap lebih tinggi," katanya.

Atlet gimnas kebangsaan akan mengharungi dua kejohanan utama tahun depan iaitu Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia pada April dan Sukan Asia (Jakarta -Palembang) pada Ogos.

Marion Caunter, gimnastik

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Mourinho Yakin Dapat Sambar Rose

Artikel Lain