MANCHESTER United berjaya menjaringkan dua gol dalam tempoh 66 saat ketika menentang CSKA Moscow 2-1 sekaligus menjadikan kelab itu di tangga teratas kumpulan Liga Juara-Juara pada Selasa.
Kejayaan itu membuatkan Jose Mourinho gembira dengan identiti penjaringnya memandangkan tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum 'derby' Manchester berlangsung.
Romelu Lukaku menghadiahkan gol keduanya sejak September lalu untuk gol penyamaan pada minit ke-64 di Old Trafford.
Pasangan penyerang Lukaku, Marcus Rashford pula kemudiannya membawa pulang gol kejuaraan melalui kemunculan semulanya dan ia adalah gol pertama bintang berusia 20 tahun itu dalam 10 perlawanan sepanjang enam minggu ini.
"Jika saya boleh memilih penjaring gol, saya sentiasa memilih pemain penyerang," kata Mourinho.
Mourinho memerlukan penyerang pasukannya itu untuk menentang City yang belum kalah dalam perlawanan musim ini dan masuk ke 'derby' dengan mendahului sebanyak lapan mata di atas United dalam Liga Perdana Inggeris.
Pengurus United itu menafikan kebimbangannya terhadap Lukaku walaupun penyerang kelahiran Belgium itu hanya mempunyai satu gol dalam 12 perlawanan terdahulu.
"Saya sentiasa gembira dengan Romelu kerana cara dia bermain untuk pasukan itu sangat menakjubkan.
"Tetapi jika dia dapat menjaringkan gol dan berasa gembira dengan sesuatu yang hanya dialami oleh penyerang ketika mereka menjaringkan gol, jadi bagusla," katanya. - TSN