suria

Gol Tunggal Lukaku Benam Bournemouth

Aksi Romelu Lukaku (kiri) dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Manchester United dan Bournemout di Old Trafford, awal pagi Khamis. Foto Reuters

PERMAINAN bermula agak perlahan tetapi selepas 15 minit, Bournemouth mendominasi sekali gus membuatkan David de Gea dua kali bijak mengawal gawang daripada dibolosi lawan.

Selepas itu, rakan pasukan Manchester United, Anthony Martial dan Juan Mata bergabung beraksi di Old Trafford, awal pagi Khamis.

Martial sepatutnya memberikan gol pembukaan tetapi terlepas.

Romelu Lukaku kemudiannya melakukan gol yang jarang-jarang dilakukannya pada minit ke-25.

Prestasi permainan Manchester United bertambah baik pada permulaan babak kedua.

Gol tunggal daripada Lukaku kekal sehingga ke akhir perlawanan menyaksikan Manchester United menewaskan Bournemouth dengan 1-0.

Manchester United ketinggalan 11 mata berada tangga kedua, di belakang Manchester City dalam kedudukan Liga Perdana Inggeris ketika ini. 

Artikel Sebelum

Pilihan Ronaldo Buat Real Madrid

Artikel Berikut

Keputusan Liga Perdana Inggeris

Artikel Lain