PERLAWANAN 'El Clasico' tidak pernah membosankan peminat-peminat bola sepak dunia. Aksi antara Barcelona dan Real Madrid sentiasa berlaku drama yang tidak dijangka, lebih-lebih lagi melibatkan dua pemain, Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo. Seawal minit kesepuluh perlawanan, bintang Real, Ronaldo hanya menyepak 'angin' apabila sepakannya tidak terkena bola. Ronaldo terlepas sepakan. Selepas itu, muka Ronaldo sekali lagi 'merah padam' apabila sepakan percuma lawan yang dilakukan Messi terkena mukanya. Lebih malang, Real Madrid yang beraksi di tempat sendiri gagal menyumbat sebarang gol, manakala Barcelona pulang dengan bergaya tiga jaringan. Pada aksi La Liga awal pagi Ahad ini, jaringan kemenangan dilakukan oleh Luis Suarez minit ke-54, Messi (64') dan Aleix Vidal (90').