SEORANG bekas pemain Manchester City didakwa merogol seorang remaja yang sedang mabuk. George Glendon didakwa merogol gadis berusia 19 tahun setelah bertemu dengannya di sebuah kelab malam di Cleethorpes, Lincolnshire. Glendon, 22, membantunya menaiki teksi dan mereka kemudian dibawa ke rumah seorang kawan di mana dia mengakui melakukan hubungan seks dengan gadis berkenaan. Tetapi dia menegaskan tindakannya itu mendapat persetujuan gadis tersebut. Pendakwaan di Mahkamah Agung Grimsby mendengar gadis tersebut mabuk teruk dan dia tidak berada dalam keadaan dapat memutuskan sama ada mahu melakukan hubungan seks atau tidak. Glendon, yang kini di bermain untuk Fleetwood Town, telah bermain menentang Leicester City di Piala FA pada Sabtu sebelum perbicaraan bermula pada hari Isnin. Perbicaraan itu mendengar bahawa gadis tersebut minum dalam kuantiti yang banyak dan Glendon telah membantunya menaiki teksi sebelum pergi ke rumah seorang kawan di Humberston. Glendon, dari Heald Green, Cheadle, Cheshire menafikan merogol gadis tersebut pada 21 Februari 2016. -fotoBPMmedia/Telegraph Mahkamah mendengar bahawa tidak banyak yang dapat diingati gadis itu tentang kejadian tersebut kecuali berada di bilik tidur dengan seorang lelaki yang tidak dikenali dan dicium serta disentuh dengan intim. Pendakwa Michael Morley dalam wawancara polis berkata Glendon mendakwa gadis itu menyatakan mahu melakukan hubungan seks dan telah memulakan pertemuan itu. Tetapi Morley mendakwa, dalam keadaannya yang mabuk teruk, dia yang kini berusia 21 tahun tidak dapat berbuat demikian. "Dia mabuk teruk, jatuh sebab mabuk," kata Morley. "Seorang kawan telah melihatnya 'berkali-kali jatuh di dalam tandas'." Glendon adalah pemain remaja untuk Manchester City selepas menyertai kelab itu pada tahun 2013 dan menjadi kapten Skuad Pembangunan Elit mereka. Dia menandatangani perjanjian pinjaman untuk kelab Liga One Lancashire, Fleetwood Town pada 2016 sebelum menandatangani perjanjian tetap pada Januari 2017. Dia telah membuat lima penampilan untuk pasukan remaja England dan juga dipanggil untuk pasukan bawah 21 tahun Wales. Perbicaraan itu berterusan. -metroUK