KALAU hubungan persahabatan terlalu rapat, sudah pasti gurauan pun akan kedengaran sedikit kasar. Itulah yang berlaku antara Neymar dan Philippe Coutinho ketika bintang baharu Barcelona itu membuat kemunculan di kelab tersebut. Neymar memuat naik gambar Coutinho menerusi aplikasi 'Instastory' miliknya. Neymar mengucapkan tahniah kepada Coutinho di atas perpindahannya ke Barca melalui 'Instastory': "Sangat gembira untuk kamu, saya ucapkan kamu berjaya dan saya yakin kamu akan gembira..." "Dan beritahu saya, adakah gaya rambut ini satu fesyen?" Ironinya, Neymar juga pernah tampil dengan gaya rambut yang pelik suatu ketika dahulu. - Lebuzz