PEP Guardiola mahu skuad The Citizen membuktikan mereka kekal sebagai pasukan terbaik Liga Perdana Inggeris serta mampu menumbangkan mana-mana pesaing. Pengurus Manchester City itu, sasaran itu diletakkan menjelang perlawanan menentang Liverpool di Anfield yang dianggap ujian terbesar skuad The Citizens sepanjang musim ini. Bagi bekas pengendali Bayern Munich dan Barcelona itu, aksi berkenaan akan membolehkan pihaknya menilai persediaan pemain sebelum menentang pasukan yang berpotensi menewaskan mereka. "Perlawaan menentang Liverpool penting dan ujian untuk melihat persiapan pemain berdepan pasukan berbahaya itu. "Jika mahu meraih trofi, kita perlu menang tanpa mengira siapa lawan dan inilah yang sering saya sampaikan kepada pemain. "Hingga kini, pemain telah buktikan dapat mengalahkan pasukan seperti Chelsea, Manchester United, Arsenal dan Spurs, selain Liverpool pada awal musin ini dan diharap kejayaan itu berulang di Anfield." katanya. Ketika ini, The Citizens adalah pasukan tunggal tanpa kalah selepas mengharungi 22 perlawanan dan ini menduduki tangga teratas liga dengan 62 mata. Namun, Guardiola tidak menolak bimbang rekod baik pasukannya akan lebur ketika berdepan Liverpool kerana corak permainan yang gemar menyerang terutama ketika beraksi di laman sendiri.