suria

Lambert Pengurus Baharu Stoke City

STOKE City melantik Paul Lambert sebagai pengurus baharu kelab tersebut.

Pelantikan Lambert ini sekaligus menamatkan pencarian dalam mengisi posisi yang dipikul Mark Hughes sebelum ini.

Biarpun bekas pengurus Aston Villa dan Norwich itu bukanlah pilihan popular di kalangan penyokong kelab, tetapi pengerusi Peter Coates dan pengurusan percaya Lambert adalah orang tepat untuk membantu skuad memperbaiki kedudukan yang kini di zon bahaya.

Sebagai rekod, Lambert,48, tidak pernah menguruskan kelab sehingga tersingkir dan menggunakan pengalamannya sebagai pemain antarabangsa (Scotland) serta pernah membantu Borussia Dortmund menjuarai Liga Juara-Juara (1996-97).

Stoke mengesahkan pelantikan pengurus baharunya itu menjelang perlawanan bertemu Manchester United awal pagi Selasa.

Namun Lambert bakal diperkenalkan secara rasmi pada Selasa dengan persetujuan pihak pengurusan tertinggi.

Antara kelab yang pernah diuruskan Lambert:

2005–2006: Livingston

2006–2008: Wycombe

2008–2009: Colchester

2009–2012: Norwich

2012–2015: Aston Villa

2015–2016: Blackburn

2016–2017: Wolves

2017– : Stoke 


Paul Lambert, Stoke City

Artikel Sebelum

Ryan Giggs Sah Urus Wales

Artikel Berikut

Artikel Lain