suria

Mkhitaryan Mungkin Akan Dibenci Di Old Trafford

Henrikh Mkhitaryan. -fotoREUTERS

HENRIKH Mkhitaryan boleh menjadi orang yang dibenci di Old Trafford jika dia menjadi penghalang kepada perjanjian Alexis Sanchez, sumber Manchester United memberi amaran.

United sanggup memperdagangkan Mkhitaryan dalam mencapai kesepakatan untuk Sanchez tetapi ejen antarabangsa, Mino Raiola berkata pemain itu hanya akan pergi jika dia gembira dengan kontrak yang ditawarkan oleh Arsenal.

Mkhitaryan, 28, mempunyai baki dua setengah tahun kontrak di Old Trafford yang bernilai kira-kira £20 juta dan mungkin akan meminta bayaran 'selamat tinggal yang tinggi' kerana dia tidak membuat permintaan meninggalkan kelab.

Tetapi terdapat 'orang dalam' memberi amaran kepada Mkhitaryan, nasibnya akan malang di United jika 'menggagalkan' kesepakatan itu.

Sumber kelab memberitahu Daily Star: "Jika perjanjian Sanchez gagal kerana Henrikh Mkhitaryan, dia akan menjadi orang yang dibenci di Old Trafford.

"United akan menjadi tempat yang cukup tidak baik untuknya jika dia menyebabkan perpindahan Sanchez gagal."

Raiola menegaskan pemainnya itu hanya akan pergi jika dia gembira dengan kontrak yang ditawarkan oleh Arsenal.

"United tidak akan menandatangani Sanchez melainkan jika Mkhi bersetuju untuk menyertai Arsenal, dia akan melakukan apa yang terbaik untuk dirinya. Dia mempunyai baki kontrak dua setengah tahun, jadi keputusan di tangannya.

"Sanchez dan Mkhi adalah sebahagian daripada perjanjian, Sanchez tidak boleh dengan mudah pergi ke United tanpa persetujuan Mkhi."

Raiola, individu yang berpengaruh di United kerana dia juga mewakili Paul Pogba, Romelu Lukaku dan Zlatan Ibrahimovic, menambah: "Masalah Mkhi di United sememangnya berkaitan dengan bermain bola sepak, tidak ada masalah dengan pengurus. Bukan masalah peribadi.

"Dia tidak perlu pergi, pada masa ini peluang untuk berpindah ke Arsenal adalah rendah, tetapi kehidupan adalah dinamik. Ini satu urusan yang sangat bagus bagi Arsenal, mereka perlu pemain yang lebih baik, lebih muda dan mereka perlu melabur. Jadi terpulang kepada Arsenal untuk membuat perjanjian yang tepat dan sekarang soal menyepakati perjanjian masih jauh."

Raiola berkata sebarang perjanjian akan menjadi pertukaran langsung tanpa wang tunai kerana kedua-dua pemain bernilai £35 juta.

Sementara itu, Antonio Conte mengesahkan Sanchez tidak akan menyertai Chelsea.

Bos Blues berkata: "Saya suka bercakap tentang situasi yang nyata. Sekarang, tak penting untuk bercakap tentang Sanchez, kerana dia tidak memberi faedah, jadi mengapa saya perlu membazir kata-kata untuk perkara tak berfaedah?"

Apabila ditanya adakah ia tidak relevan kerana Chelsea tidak akan menandatangani Sanchez, Conte menjawab: "Ya."

Artikel Sebelum

United Kelab Paling Kaya - UEFA

Artikel Berikut

Artikel Lain