suria

United Bakal Kehilangan Mata

MANCHESTER United bakal kehilangan Juan Mata.

Mata, 29, boleh meninggalkan  United secara bebas akhir musim ini memandangkan kelab masih belum membuka sebarang kontrak sambungan pilihan untuk 12 bulan sehingga tahun depan.

Ini bermakna, Mata yang menyertai United dari Chelsea dengan harga perpindahan 37.1 juta pound empat tahun lalu boleh berbincang secara terbuka dengan mana-mana kelab Inggeris sejak 1 Januari tahun ini.

Dijangka United akan melihat kembali pilihan yang ada untuk Mata memandangkan mereka masih mempunyai Ander Herrera dan Luke Shaw.

Bagaimana pun, kelewatan perbincangan mengenai kontrak sambungan ini menjadikan situasi Mata bersama United masih kabur.

Walaupun Mata antara pemain penting dalam skuad Jose Mourinho, namun ketibaan Alexis  Sanchez bakal merumitkan lagi perebutan di bahagian serangan.

Juan Mata, Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain