MICHAEL Carrick sedia menggantung butnya sebaik sahaja tamat liga musim ini. Pemain tengah Manchester United dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan jantung tahun lalu. Dia mungkin akan kembali ke padang, namun perlu menghadnya. Pengurus pasukan, Jose Mourinho mengesahkan bekas bintang England itu telah menerima tawaran untuk menyertai barisan kejurulatihannya tamat musim ini. Mourinho (kanan) bersama Carrick. "Saya yakin ia keputusan yang baik kepada pasukan dan dirinya dengan menamatkan karier permainan dalam keadaan yang baik," jelas Mourinho. Carrick,37, menyertai United dari Tottenham pada tahun 2006 telah merakam 459 penampilan utama bersama kelab. Sepanjang tempoh di United, Carrick telah merangkul lima trofi juara Liga Perdana, tiga Piala Liga, Piala FA dan dua trofi Eropah termasuk Liga Juara-Juara 2008.