suria

Van Persie Bagai Sireh Pulang Ke Gagang

Van Persie (32) ketika usia 16 tahun bersama Feyenoord.

ROBIN van Persie kembali menyarung jersi kelab lamanya, Feyenoord.

Selepas menjaringkan 226 gol bersama Arsenal, Van Persie kembali ke Belanda pada usia 34 tahun.


Dia tiba di Fayenoord pada Isnin dan melengkapkan kontrak baharu bersama kelab itu.

Penyerang Belanda itu memulakan kariernya di akademi Fayenoord sebelum menyertai Arsenal, Manchester United dan Fenerbahce.

Kepulangan Van Persie ke Fayerhood dianggap sebagai sireh pulang ke gagang dan disambut meriah oleh kelab yang terus memuat naik gambar-gambar pemain itu di laman Twitter rasminya.

Dia bakal menyarung jersi No.32, seperti yang dipakai ketika usia remaja bersama kelab ini.

Sebagai rekod, Van Persie sinonim dengan Arsenal selepas hampir lapan tahun berkelana di kelab ini.

Namun pada tahun 2012 dia berpindah ke Old Trafford selama tiga musim sebelum berpindah ke kelab Turki, Fenerbahce untuk dua musim sehingga Januari 2018.

Robin van Persie

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ozil Pun Tuntut Gaji Tinggi!

Artikel Lain