suria

Permintaan Dortmund Rumitkan Arsenal

Pierre-Emerick Aubameyang. -fotoREX/shutterstock

BORUSSIA Dortmund menuntut pemain Arsenal Olivier Giroud sebagai sebahagian perjanjian pertukaran dengan Pierre-Emerick Aubameyang.

Jika tidak, mereka akan menangguhkan perjanjian itu sehingga musim panas.

Kelab Jerman itu mahukan £60 juta untuk Aubameyang, tetapi turut memberitahu Arsenal bahawa mereka perlu mendapatkan pengganti dengan Giroud menjadi pilihan utama mereka.

Dortmund sedang bergelut dalam Liga Juara-Juara dan apabila mereka tahu Aubameyang mahu menyertai Arsenal, mereka tekad membawa masuk penjaring gol untuk mengukuhkan kedudukan.

Arsenal telah menawarkan kira-kira £45 juta untuk Aubameyang dan perbincangan masih berterusan dengan pegawai kelab masih berada di Jerman untuk cuba menyelesaikan masalah.

Dortmund mahukan Giroud musim panas lalu dan penyerang Perancis itu mengakuinya.

Ia akan menjadi perjanjian yang sukar dan tidak dapat diselesaikan dengan cepat walaupun Aubameyang telah menyetujui terma peribadi berhubung pertukaran yang akan menyaksikan dia dibayar sekitar £200,000 seminggu di Emirates.

Arsene Wenger tidak menolak kemungkinan bahawa Giroud akan berpindah ke Dortmund dan tahu dia mahukan lebih banyak masa bermain menjelang Piala Dunia, musim panas mendatang.

Arsenal yakin dapat menyepakati kontrak Aubameyang tetapi ia kelihatan seperti bergantung kepada Dortmund yang mahu mendapatkan pengganti. -mirrorUK

Aubameyang, Giroud

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain