suria

Felda United Sasar Liga Super 2019

Gambar fail pemain Felda United. Foto FAIHAN GHANI / The Star

KUALA LUMPUR: Kelab Felda United (FUFC) mahu memulakan saingan Liga Malaysia musim ini dengan aura positif.

Diturunkan ke Liga Perdana 2018 biarpun mempamerkan keputusan cemerlang dalam Liga Super tahun lalu tidak dijadikan alasan untuk kembali bangkit.

Presiden FUFC, Datuk Ab Ghani Mohd Ali berkata, perkara yang lepas tidak perlu diungkit lagi dan kini pasukannya hanya memberi fokus untuk musim 2018.

"Kami diturunkan ke Liga Perdana bukan kerana prestasi pasukan, sebaliknya berlaku masalah teknikal.

"Jadi kami terima apa yang diputuskan dan saya dapat lihat sekarang pemain-pemain bersedia untuk memberi yang terbaik dalam Liga Perdana musim ini.

"Yang penting, kami mensasarkan akan kembali ke saingan Liga Super tahun depan.

"Sekurang-kurangnya kami mampu merangkul satu trofi musim ini, sama ada untuk juara Liga Perdana, Piala FA atau Piala Malaysia," ujarnya selepas Majlis Pelancaran Jersi dan Pengenalan Pemain Kelab Felda United pada Isnin.

Dalam pada itu, Ab Ghani memberitahu, biarpun perbelanjaan musim ini dikurangkan ke RM15 juta, ia bukanlah masalah besar kepada kelab.

"Beberapa pihak bersetuju untuk menaja kelab ini. Ia sedikit melegakan kerana selepas diberitahu ke Liga Perdana, termenung juga untuk cari penaja.

"Tetapi semuanya lancar walaupun jumlah agak kurang daripada tahun sebelum ini.

"Jumpah keseluruhan RM15 juta ini adalah termasuk untuk pasukan utama, skuad Bawah 21, Bawah 19 Tahun dan pasukan futsal lelaki dan wanita," ujarnya.

Felda United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain