suria

Wenger Terpaksa Lepaskan Giroud Demi Aubameyang?

Wenger (kanan) terpaksa melepaskan Giroud (kiri) sekiranya mahu mengikat Aubameyang. - Reuters

ARSENE Wenger mungkin terpaksa melepaskan Olivier Giroud menyertai Chelsea demi mendapatkan Pierre-Emerick Aubameyang.

Arsenal bersetuju dengan rekod perpindahan bernilai £58 juta (RM316 juta) dengan Borussia Dortmund untuk mengikat Aubameyang, namun kelab Jerman itu berkeras bahawa ia tidak akan melepaskan pemain tersebut selagi tidak mendapat pengganti.

Chelsea mendahului tiga pasukan yang mengejar Giroud (di samping Sevilla dan Dortmund), namun Arsenal enggan menjalankan urus niaga dengan empat pasukan pesaing teratas itu.

Bagaimanapun, Arsenal turut tersepit kerana mahu mendapatkan Aubameyang yang sudahpun bersetuju dengan syarat peribadi iaitu kontrak mingguan bernilai £180,000 (RM983,412) di Emirates.

Aubameyang.

Situasi itu memaksa Arsenal untuk membuat perjanjian dengan Chelsea bagi mendapatkan Giroud dengan nilai sebanyak £35 juta (RM191 juta).

Penyerang dari Perancis itu menjalani latihan dengan pasukan pertama dan dijangka berada dalam skuad tersebut untuk berdepan dengan Swansea pada Selasa.

Dortmund bercadang untuk mengambil Giroud sebagai gantian kepada Aubameyang, tapi bimbang sekiranya keluarga pemain itu enggan berpindang ke Jerman.

Menurut Mirror Sport, Aubameyang mungkin belum membuat keputusan untuk kekal di Arsenal dan memikirkan tentang masa depan jangka panjang pada musim ini.

Sementara itu, Giroud pula terbuka dengan perpindahan ke Chelsea, tapi bimbang jika Arsenal akan menjadi penghalang biarpun pertukaran dengan Aubameyang memberikan harapan baharu buatnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lupakan Hal Umur - Shukor Adan

Artikel Lain